Wednesday, January 28, 2009

Bantulah Palestin..

Alhamdulillah..
Ku bersyukur kerana masih diberi nafas oleh Allah untuk hidup di bumi Malaysia yang aman lagi bertuah ini..
Namun, bagaimanakah nasib saudara seagama kita di Palestin sana??
Bagaimanakah keadaan anak2 kita di sana?
Ambil tahukah kita?? hidupkah atau sudah meninggalkan kita dengan darjat syahid!!
Atau kita hanya bersenang hati di sini.. membiarkan mereka sendirian..
berjuang bermati-matian mempertahankan aqidah mereka??

Nah! Apa sumbangan kita??
Apa yang telah kita lakukan untuk mereka??

Atau kita masih di tampuk yg lama..
Hidup kita hanya sekadar bangun pagi..kerja..belajar..makan.. minum..tidur..
Tak lebih daripada tu..

Sedarkah kita bahawa masih ada tanggungjawab yang belum kita laksanakan..
Membantu saudara seagama kita di Palestin adalah kewajipan bagi setiap insan yang bergelar muslim. Ayuh! Bangkitlah! lakukanlah apa sahaja untuk membantu mereka mengikut kemampuan kita.. Asalkan niat kita ikhlas hanya kerana Allah, mudah-mudahan Allah menerima segala amalan yang kita lakukan.

Ya Allah, permudahkanlah kami dalam urusan kami..

No comments: