Thursday, February 19, 2009

Pengorbananmu tiada tandingan..

Assalamualaikum w.b.t.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)."-Luqman-14

Betapa sayunya hati tatkala membaca ayat2 Allah.. Semua dijelaskan dengan cukup sempurna. Anak2 diajar mentaati ibu bapa selagi mana perintah mereka tidak bertentangan dengan syarak. Memang patutlah Allah mewajibkan kita berbuat baik kepada ibu..
Cubalah dilihat kembali akan jasanya yang tak pernah putus dan berhenti walau sedetik pun. Nilai kasih-sayang dan cinta yang Allah kurniakan terhadap hati2 wanita yang bergelar ibu ini amatlah luar biasa sekali. Subhanallah!

Bermula sejak kita belum dilahirkan lagi, ibulah orang pertama yang kita susahkan. Kita telah menyusahkan ibu kita dengan memaksa dia membawa kita di dalam kandungannya sehinggalah kita dilahirkan. Bukan tempoh yang singkat namun, dalam jarak masa yang agak panjang iaitu biasanya 9 bulan 10 hari. Dalam tempoh itu, pelbagai ujian telah mereka alami. Ada yang mengalami alahan yang sangat memberi kesan kepada dirinya. Teringat saya pada kata2 guru Sains saya masa form3 "Wanita mengandung ni pada 3 bulan terawal akan mengalami perubahan emosi sebanyak 360darjah daripada biasa". Wah! dahsyat sungguh ujian Allah terhadap mereka.

Kemudian mereka melahirkan dengan keadaan yang amat sukar sekali.. dan menyusukan kita dalam tempoh yang agak lama. Setelah itu, kita dibesarkan dalam keadaan penuh kasih-sayang dan segala kainginan kita dipenuhi. Hinggalah ke saat ini, jasa mereka tidak akan pernah luput kerana kita perlu kita ingat! Tanpa ibu yang mehirkan kita maka, tidak mungkin kita akan hidup pada hari ni..

:::Kisah ibu yang sanggup berkorban:::

Semasa mengikuti kursus 'Mempertahankan diri' di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam beberapa hari lepas, penceramah ada memaparkan mayat seorang ibu yang putus tangannya yang badannya dipenuhi luka2 dan kesan tetakan yang amat menyayat hati.
Apa yang amat terkesan di hati saya ialah ibu ini sanggup menggadaikan nyawanya semata-mata kerana cintanya pada anaknya dan ingin menyelamatkan nyawa anak daripada serangan penjahat. Pada mulanya dia menahan dengan tangannya sehinggalah putus ditetak. Dia tidak berganjak kerana cintanya. Kemudiannya bahagian atas tangannya sebelah lagi lagi pula ditetak dan dilukakan. Mungkin tak tahan dengan kedegilan ibu ini, si penjahat tersebut terus menetak leher ibu ini.. MasyaAllah! Akhirnya ibu ini meninggal demi anaknya. Sayunya hati tatkala melihat akan pengorbanan ibu ini. Seandainya dia adalah seorang muslim, saya doakan agar Allah mengampuni segala dosa2nya serta meletakkannya di tempat yang tertinggi. Amin.

Bagi kita yang masih ada ibu di sisi, jagalah anugerah yang Allah berikan kepada kita ini.. Hargailah mereka. Ibu adalah insan pertama yang perlu kita dahulukan dalam segala hal kecuali bagi wanita yang sudah berkahwin yang perlu lebih dahulukan suaminya dan yang kedua adalah ibu.

Teringat saya semasa cuti Hari Raya lepas, semasa kami ahli keluarga sedang beramah mesra dan berborak di rumah atuk sebelah ibu. Ibu saudara(Cek La) saya dengan nada sedih dan titisan airmata bertakung pada kelopak matanya. Dia berkata kepada ibu saya ketika itu tentang dia ada membaca sajak yang saya tampal di softboard bilik saya di kolej kediaman saya di UM ketika dia datang ke bilik saya. Dia terharu dan menangis semasa membacanya. Antara petikan sajak itu:

Ma..
engkaulah ibu, engkaulah abah..
penat lelahmu dipendam..
terukir senyuman yang mendamaikan..
aku mencintaimu kerana..
engkaulah yang melahirkanku..
menyusukanku..
membesarkanku..
menyokong setiap keputusanku..
tak terbalas segala jasamu..
hanya doa dan kasih-sayangku yang dapat
kuberikan untukmu..
kurindukan dirimu..

Saya menulis sajak ini pada suatu ketika saya amat rindukan 'ma' saya. Masa tu saya menaipnya dengan air mata yang mengalir laju kerana mengenangkan jasanya yang tak terhingga. Selepas abah meninggal pada tahun 2001, 'ma' lah yang sangat bersusah-payah membesarkan kami 9 beradik kerana masa tu kakak sulungku baru berusia 15 tahun.. tiada siapa yang bisa menghitung jasanya. Semoga Allah mengurniakan sebesar-besar ganjaran buatnya.
Saat ibu saudaraku menceritakan tentang itu, air mata ibuku juga turut mengalir..
Ma, tak terbalas jasa-jasamu.. Kupohon ampun salah dan silap. Redhalah ke atas diriku sewaktu hidup dan matiku..

Sunday, February 15, 2009

Jadilah insan yang berprinsip!


Assalamualaikum..
Apa yang sering bermain di fikiran saya ketika ini ialah tentang prinsip hidup kita sendiri..
Saya melihat wajah2 orang di sekeliling saya dan melihat akan tingkah laku mereka.
Dalam diri terdetik apakah prinsip kita semua.
Misalnya, dalam kita melakukan kerja2 dakwah, apakah fokus utama yang kita impikan.

"Kejayaan dakwah para anbiya ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamah memegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah suatu kemestian dalam dakwah."

Dalam hadith yang sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim baginda bersabda: “Ditunjukkan padaku berbagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua orang pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada sepuluh orang). Adapula nabi yang tiada seorang pun bersamanya…”. Namun tiada seorang nabi pun yang mengubah prinsipnya kerana inginkan pengikut. Sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang.

Apa yang membingungkan saya adalah apa yang terjadi dalam kampus itu sendiri..
Umat Islam sanggup berpecah hanya kerana berlainan fahaman politik yang berada dalam kampus itu sendiri.
Jika dulu, mereka kawan tapi kini menjadi musuh hanya kerana perbezaan ini.
Wah! dahsyat sekali kuasa politik sehingga mampu menjadikan kawan sebagai lawan.
Apa yang kita lupa ialah kita masih seagama..
Kita ada misi dakwah..Kita perlu bersatu membawa manusia yang dalam kegelapan teraba-raba kepada cahaya kebenaran.

Andainya ada sebahagian kita yang berbeza fahaman dengan kita, janganlah kita lupa akan sumbangan dan jasanya. Janganlah kita membuangnya terus hanya kerana dia berbeza fahaman politik dengan kita. Kerana ingatlah yang paling utama adalah kita berdiri bersama atas dasar agama bukan atas dasar politik.

Bagi saya, kita kena membuka minda dalam hal ini. Apakah prinsip kita yang sebenarnya??
Pinsip saya adalah menegakkan agama Allah. Itu yang utama. Andainya ada orang dari fahaman politik yang berbeza dari saya yang menyampaikan dakwah dan kerja2 kebaikan untuk umat Islam, saya tidak menolaknya. Bahkan saya turut menyokongnya kerana apa yang lebih difikirkan adalah dakwah itu disampaikan bukannya parti yang mendapat nama.

Hinanya kita umat ini apabila kita menjadi tidak berprinsip. Demikian ajaran al-Quran. ALLAH menyebut dalam Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. "

" Kejelasan prinsip yang bertunjangkan Islam tulen akan menjadikan wajah Islam jelas di hadapan mata, berlapang dada demi prinsip, dapat membezakan setiap isu dengan ukuran prinsip, nampak hala tuju, tidak berputar-putar pendiriannya, sedia mengakui kesilapan demi prinsip, mengenal dengan baik antara sahabat dan bukan, amanah terhadap ilmu dan berbagai lagi. Kita mungkin tersilap dalam tindakan, amalan dan akhlak. Tetapi kita tidak boleh tersilap hingga menggadaikan akidah dan prinsip."

sumber: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Saturday, February 7, 2009

ketahuilah akan BAHAYA SYIAH!



Assalamualaikum w.b.t

Wahai sahabat2ku.. Sedarkah anda bahawa kini Syiah sudah mula menyelinap masuk sama ada secara senyap atau terbuka ke dalam negara kita, Malaysia tercinta. Kini sudah ada pusat2 penyebaran Syiah yang mana pengajarnya terdiri daripada kalangan orang Melayu sendiri yang berfahaman Syiah. Kebanyakan mereka adalah lulusan dari negara Iran. Tahukah kalian betapa ramai anak2 muda kita yang menyambung pengajian dalam bidang agama di Iran akhirnya kembali dengan membawa fahaman Syiah serta bercita2 untuk menyebarkannya terhadap umat Islam di seluruh Malaysia yang kebanyakannya bermanhaj aqidah ahlus sunnah waljamaah. di Iran, sebagaimana kita ketahui, majoritinya adalh mereka yang berpegang kuat kepada fahaman Syiah yang jauh menyeleweng daripada hakikat aqidah Islam yang sebenar. Mereka ini kelihatan pada luarannya sama seperti kita dari sudut pemakaian bahkan sekiranya mereka berceramah kelihatannya seperti orang2 alim. Namun, apa yang ingin mereka sampaikan adalah amat merbahaya apatah lagi terhadap orang2 yang tidak tahu menahu tentang hakikat Syiah itu sendiri.


Kita perlu sedar akan hakikat ini. Kerana mungkin pada suatu hari nanti kita akan berdepan dengan mereka. Bagaimanakah akan terjadi pada anak2 kita kelak seandainya fahaman ini terus berkembang dengan pesatnya di Malaysia ini. Apa yang perlu kita lakukan adalah kenali mereka terlebih dahulu agar kita tidak mudah terpedaya dengan mereka apabila fahaman mereka ini mula disebarkan pada kita, keluarga, sahabat2 dan seluruh umat Islam di Malaysia.


Saya pernah melihat dalam satu video klip bagaimana Syiah mula menyebarkan dakyah mereka di pusat2 mereka dan diadakan acara ritual mereka di tempat tersebut. Amat menyedihkan apabila kanak2 yang masih kecil pun terlibat sama dan mungkin mereka inilah yang menjadi pelapis atau perintis penyebaran Syiah di Malaysia? Pernahkah anda terfikir bahawa tidak mustahil perkara ini boleh berlaku terhadap anak2 kita atau orang terdekat dengan kita satu hari nanti?? Nau'zubillahi minzalik. Namun, perkara tersebut tidak mustahil terjadi sekiranya kita jahil tentang Syiah serta tidak terfikir pun untuk menyelamatkan umat Islam akan bahayanya perkara ini..


Sesungguhnya Syiah amat bermusuh dengan kita yang bermanhaj ahlussunnah waljamaah. Mereka bercita2 untuk men'Syiah'kan kita semua. Perlu diingatkan, Syiah bukannya satu mazhab dalam Ahlussunnah namun, Syiah berbeza dari sudut aqidah ataupun manhaj dengan kita semua. Di Iran dan Iraq, berapa ramai ulamak2 Sunni telah dibunuh dengan kejamnya. Muka mereka dirobek, mereka di seksa begitu dahsyat. Masjid2 sunni telah dibakar dan bahkan orang sunni ini dianggap najis bagi mereka. Mereka amat memerangi kita, yakni puak sunni. Bahkan, boleh dikatakan, puak Sunni di Iran hampir hilang.


Sedih tak dengan keadaan ini??
Atau dakah kita masih mahu duduk diam dalam perkara ini??
Atau hanya tunggu Malaysia ini berubah menjadi seperti Iran yang kebanyakannya Syiah??
Sedarlah! Kita sudah tidak selamat.. Bagaimanakah keadaan anak2 kita kelak?
Fikirkanlah semuanya untuk masa depan umat Islam di negara kita bahkan di seluruh dunia.


Ayuh! Selamatkanlah keluarga kita, anak2 kita dan sahabat2 kita daripada bahaya ini..
Bukankah Allah telah berfirman yang bermaksud:
"Wahai orang2 yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka.."-(At Tahriim ayat 6)


Perlu dingatkan juga bahwa fahaman Syiah juga sudah mula secara perlahan masuk kedalam parti Islam yang ada di Malaysia. Jadi, berhati2lah! Jangan terlalu taksub terhadap parti sehingga kita mudah menerima apa sahaja walaupun perkara itu adalah batil. Bahkan ada di kalangan Syiah yang berceramah dan menyebarkan fahaman di dalam satu program anjuran PAS pada tahun lepas di 'Seminar Isu Antarabangsa Bantahan Pendudukan 60 Tahun Israel di Bumi Palestin'. Di mana ahli panelnya terdiri daripada penganut tegar Syiah iaitu En. Zaini Zainul Abidin dan Hasan Askari. Zaini Zainul Abidin ini juga pernah keluar dalam rancangan 'DUNIA' jam 11malam dalam rtm dan turut memperkatakan tentang Syiah dalam setiap percakapannya.


Fikir2kanlah.. dan berhati-hatilah. Sekadar peringatan buat diri dan kalian semua.