Sunday, February 15, 2009

Jadilah insan yang berprinsip!


Assalamualaikum..
Apa yang sering bermain di fikiran saya ketika ini ialah tentang prinsip hidup kita sendiri..
Saya melihat wajah2 orang di sekeliling saya dan melihat akan tingkah laku mereka.
Dalam diri terdetik apakah prinsip kita semua.
Misalnya, dalam kita melakukan kerja2 dakwah, apakah fokus utama yang kita impikan.

"Kejayaan dakwah para anbiya ialah pada keikhlasan mereka dan istiqamah memegang dan mempertahankan prinsip. Kemenangan bukanlah suatu kemestian dalam dakwah."

Dalam hadith yang sahih riwayat al-Bukhari dan Muslim baginda bersabda: “Ditunjukkan padaku berbagai umat. Ada nabi yang hanya bersama seorang pengikut. Ada pula bersama dua orang pengikut. Ada yang bersama sekumpulan (kurang daripada sepuluh orang). Adapula nabi yang tiada seorang pun bersamanya…”. Namun tiada seorang nabi pun yang mengubah prinsipnya kerana inginkan pengikut. Sekalipun terpaksa menghadapi suasana kontang.

Apa yang membingungkan saya adalah apa yang terjadi dalam kampus itu sendiri..
Umat Islam sanggup berpecah hanya kerana berlainan fahaman politik yang berada dalam kampus itu sendiri.
Jika dulu, mereka kawan tapi kini menjadi musuh hanya kerana perbezaan ini.
Wah! dahsyat sekali kuasa politik sehingga mampu menjadikan kawan sebagai lawan.
Apa yang kita lupa ialah kita masih seagama..
Kita ada misi dakwah..Kita perlu bersatu membawa manusia yang dalam kegelapan teraba-raba kepada cahaya kebenaran.

Andainya ada sebahagian kita yang berbeza fahaman dengan kita, janganlah kita lupa akan sumbangan dan jasanya. Janganlah kita membuangnya terus hanya kerana dia berbeza fahaman politik dengan kita. Kerana ingatlah yang paling utama adalah kita berdiri bersama atas dasar agama bukan atas dasar politik.

Bagi saya, kita kena membuka minda dalam hal ini. Apakah prinsip kita yang sebenarnya??
Pinsip saya adalah menegakkan agama Allah. Itu yang utama. Andainya ada orang dari fahaman politik yang berbeza dari saya yang menyampaikan dakwah dan kerja2 kebaikan untuk umat Islam, saya tidak menolaknya. Bahkan saya turut menyokongnya kerana apa yang lebih difikirkan adalah dakwah itu disampaikan bukannya parti yang mendapat nama.

Hinanya kita umat ini apabila kita menjadi tidak berprinsip. Demikian ajaran al-Quran. ALLAH menyebut dalam Surah al-Nisa ayat 135: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. "

" Kejelasan prinsip yang bertunjangkan Islam tulen akan menjadikan wajah Islam jelas di hadapan mata, berlapang dada demi prinsip, dapat membezakan setiap isu dengan ukuran prinsip, nampak hala tuju, tidak berputar-putar pendiriannya, sedia mengakui kesilapan demi prinsip, mengenal dengan baik antara sahabat dan bukan, amanah terhadap ilmu dan berbagai lagi. Kita mungkin tersilap dalam tindakan, amalan dan akhlak. Tetapi kita tidak boleh tersilap hingga menggadaikan akidah dan prinsip."

sumber: Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

No comments: